Masalah pasal cermin ini sebenarnya satu teka-teki yang dah lama.
Kalau kita tengok cermin, katakanlah kita sikat rambut belah kanan, imej dalam cermin tunjuk belah kiri pula.
Jadi imej tu nampak macam tertukar antara kiri dan kanan.
Tapi atas dan bawah tak tertukar pun, sebab atas kepala tetap kat atas dan bawah kaki tetap kat bawah.
Persoalannya, macam mana cermin boleh tahu nak tukarkan kiri kanan tapi tak tukarkan atas bawah?
Anda akan lebih faham masalah ni kalau bayangkan tengah baring sambil tengok cermin.
Rambut anda masih kat sebelah kiri. Tapi sekarang kiri-kanan dah jadi atas-bawah, manakala atas-bawah tadi dah jadi kiri-kanan. Dan cermin macam tahu-tahu je apa kita buat.
Jadi, macam mana nak terangkan apa yang cermin buat dengan cara yang seimbang,
supaya tak nampak pelik pasal tukar kiri kanan tapi tak tukar atas bawah?
Lepas fikir lama-lama, barulah kita dapat jawapannya.
Cuba tengok, kalau kita lambai tangan ni, tangan dalam cermin yang melambai tu duduk betul-betul setentang dengannya.
Tangan belah Timur kekal kat Timur, tangan belah Barat kekal kat Barat, kepala kat atas tetap kat atas, kaki kat bawah tetap kat bawah.
Sebenarnya semua benda okay dan betul.
Tapi yang salahnya, kalau sini arah Utara, hidung kita menghadap Utara. Tapi imej dalam cermin, hidungnya menghadap ke Selatan.
Jadi apa yang berlaku sebenarnya bukanlah kiri kanan atau atas bawah yang tertukar, tapi bahagian depan dan belakang yang diterbalikkan.
Senang cerita, hidung pada imej tu dah jadi kat sebelah belakang kepala.
Biasanya bila kita tengok imej dalam cermin, kita bayangkan ia macam orang lain.
Dan kita fikir macam mana cara biasa untuk orang berdiri kat sana menghadap kita. Ini melibatkan psikologi.
Kita tak terfikir pun yang orang tu kena penyet dan ditolak ke belakang dari depan hidungnya, sbb benda pelik tu tak berlaku pada manusia.
Seseorang boleh jadi macam imej cermin tu dengan cara pusing badan berjalan menghadap kita.
Sebab manusia bila berpusing tak pusingkan kepala ke bawah, kita biarkan bahagian atas bawah sama; tapi tangan kiri kanan akan beralih bila berpusing.
Sebab itulah kita kata kiri dan kanan dah tertukar.
Tapi sebenarnya, apa yang cermin buat hanyalah menterbalikkan benda mengikut paksi garis cermin itu sendiri (depan-belakang).
Okey, teka-teki itu agak mudah.
Ada satu teka-teki lagi susah dan menarik: Apa yang buat kereta api sentiasa kekal atas landasan?
Meste ramai ingat jawapannya ialah bibir penahan tajam (flange) pada roda tu.
Tapi sebenarnya bukan itu jawapannya, roda memang ada penahan tu tapi bukan itu fungsi utamanya.
Sebab penahan tajam tu hanyalah alat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan.
Kalau penahan tu bergesel dengan landasan, bunyinya sangat bising mendesing. Itu cuma untuk bersiap sedia, bukan mekanik sebenar kereta api.
Ada satu lagi masalah kereta api yang berkait dengan perkara ini.
Ramai orang tahu pasal kereta biasa: bila belok selekoh, roda sebelah luar kena jalan lebih jauh dari roda belah dalam. Kalau roda disambung terus guna batang besi padu, kita tak boleh belok. Kita tak boleh pusingkan roda luar lebih jauh dari roda dalam.
Sebab itulah batang gandar kereta dipisahkan di tengah dan dipasang sistem gear pengimbang (differential).
Pernah tak nampak gear pengimbang (differential) ni pada kereta api?
Tak ada. Kalau tengok roda bawah gerabak, cuma ada dua roda dan sebatang besi padu tegap yang menyambungkan kedua-duanya.
Tak ada pemisah langsung, satu roda berpusing sama macam roda sebelah.
Habis tu, macam mana ia boleh membelok dekat selekoh sedangkan roda luar kena jalan lebih jauh dari roda dalam?
Jawapannya ialah roda kereta api tu berbentuk tirus seperti kon, bukannya rata. Bentuknya begini.
Maksudnya, roda tu tebal sikit kat bahagian dalam (dekat gerabak) dan makin nipis kat bahagian luar. Kalau tengok betul-betul, anda akan nampak bahagian tepi yang serong tu.
Semuanya sangat mudah. Bila lalu selekoh, roda akan menggelongsor keluar sedikit dari landasan,
jadinya roda sebelah luar akan berjalan atas bahagian roda yang lebih tebal (besar), manakala roda dalam berjalan atas bahagian yang lebih kecil.
Jadi bila kedua-duanya berpusing serentak sekali putaran, roda yang besar tadi akan bergerak lebih jauh. Cara ini jugalah yang mengekalkan kereta api atas landasan.
Bayangkan kereta api tengah gerak lurus atas landasan, dan kedua-dua roda seimbang dengan cantik dan rata.
Katakanlah tiba-tiba terlanggar bonggol atau apa-apa, lalu ia tergelincir sikit ke tepi.
Roda yang tergelincir ke tepi tu sekarang berada di atas bahagian roda yang bulatan ukur lilitnya lebih besar, tapi kedua-duanya masih melekat pada besi padu yang sama.
Jadi bila ia berpusing sekali, bahagian roda yang besar ni akan bawa roda tu lebih ke depan berbanding roda sebelah, lalu automatik memandu kereta api tu balik ke tengah landasan.
Kalau ia terlajak ke sisi sebelah sana pula, ia akan membetulkan arahnya secara berulang-alik dan sentiasa kekal atas landasan sebab rodanya yang condong tu.
Manakala bibir penahan roda tu hanyalah alat keselamatan tambahan.